twitter



BAB 1 : ASAS KEPADA PERDAGANGAN
KEPERLUAN DAN KEHENDAK MANUSIA

Maksud keperluan :
Sesuatu perkara yang perlu ada pada setiap manusia untuk terus hidup. Keperluan manusia terdiri daripada keperluan fisiologi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Keperluan-keperluan lain yang diperlukan setiap manusia zaman moden ialah pendidikan, kesihatan, pengangkutan dan kemudahan-kemudahan asas yang lain seperti air dan letrik.
Maksud Kehendak :
Sesuatu perkara yang menjadikan hidup manusia lebih selesa. Kehendak lebih merupakan pelengkap kepada keperluan.Kehendak manusia tidak terbatas dan sukar dipuaskan.
Contoh kehendak manusia seperti kereta mewah, makanan lazat, pakain berjenama, rumah
bunglow dsb.
Perbezaan keperluan dan kehendak
Keperluan
•Mesti dipenuhi untuk terus hidup.
•Keperluan adalah sama untuk setiap manusia.
•Keperluan adalah mengikut tahap-tahap tertentu secara hierarki.
•Contoh, makanan, pakain dan tempat tinggal.
•Merupakan tuntutan semulajadi manusia.
Kehendak
•Pelengkap kepada keperluan.
•Berbeza antara seoarang dengan seorang lain berdasarkan taraf hidup
•Tidak terhad.
•Perkara atau benda yang menjadikan hidup manusia hidup selesa .
•Perlu dipelajari daripada pengalaman seharian.
Hierarki Keperluan Maslow
•Keperluan Fisilogi
–Menghirup udara, makan, minum, tidur, rehat.
–Tempat tinggal dan pakaian
–Keselamatan (mendapat perlindungan undang-undang dan inusrans)
•Keperluan Sosial
–Bermasyarkat, hormat menghormati, kasih sayang dan penghargaan diri.
•Keperluan Rohani (keperluan sempurna diri)
–Mencapai cita-cita
Soalan (2) SPM 2004
Antara berikut, yang manakah benar tentang kehendak manusia ?
A.Perlu dipenuhi untuk hidup
B.Boleh disusun tingkatkan mengikut keutamaan.
C.Adalah sama walaupun taraf hidup manusia berubah.
D.Berbeza berdasarkan umur, citarasa dan pendapatan individu.
Soalan (1) SPM 2005
Antara berikut, manakah merujuk kepada keperluan fisiologi mengikut Abraham Maslow?
A.Mendapat pendidikan tinggi
B.Sentiasa mengikt perubahan fesyen
C.Dipenuhi melalui penghargaan masyarakat
D.Menikmati kemudahan kesihatan yang cukup
PENGELUARAN

MAKSUD JENIS PENGELUARAN
•Pengeluaran Langsung - Manusia memenuhi kehendak dan keperluan mereka dengan menghasilkan sendiri barang tersebut . Pengeluaran langsung tidak melibatkan aktiviti pengkhususan.
•Pengeluaran tak langsung – Kegiatan pengeluaran yang melibatkan bantuan orang lain. Melibatkan pengkhususan dan keluaran dapat ditingkatkan dan dapat dijual.
CABANG PENGELUARAN
FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN
BURUH
Sumbangan tenaga manusia sama ada tenaga fizikal atau mental. Buruh menerima bayaran upah/gaji.
TANAH
Merangkumi darat, udara dan laut serta sumber-sumber yang terkandung di dalamnya.
MODAL
Merupakan sumber kewangan yang digunakan untuk membeli aset seperti bangunan/premis atau modal kerja.
USAHAWAN
Golongan yang mampu menggabungkan seluruh faktor pengeluaran untuk menghasilkan barangan atau perkhidmatan
Soalan (1) SPM 2004
Apakah maksud pengeluaran?
A.Proses pengeluaran barang dengan mesin.
B.Aktiviti menghasilkan barang dan perkhidmatan.
C.Aktiviti yang melibatkan penggunaan wang dalam pengeluaran.
D.Proses menghasilkan makanan, pakaian dan tempat perlindungan.
Soalan (2) SPM 2005
Kemajuan dalam bidang teknologi membolehkan pengeluaran dijalankan secara besar-besaran.
Apakah faedah kepada pengguna?
A.Mengurangkan pembaziran
B.Mengurangkan harga barang
C.Mengurangkan kos pengeluaran
D.Mengurangkan kos simpanan stok
USAHAWAN DAN PENIAGA
Sifat-sifat Usahawan :
-Kreatif
-Inovatif
-Berani menghadapi risiko
-Kebolehan mengurus
Perbezaan antara peniaga dan usahawan
Peniaga
Berniaga untuk diri sendiri sahaja.
Matlamat untuk mencari keuntungan sendiri .
Memenuhi keperluan pelanggan tempatan .
Saiz perniagaan adalah kecil.
Usahawan
•Menunaikan tanggungjawab sosial dan mencari peluang untuk memperkembangan perniagaannya.
•Keuntungan bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi juga untuk disumbangkan kepada masyarakat.
•Mencipta, meneroka potensi perniagaan baru serta membuat sesuatu yang berinovasi dan terkini.
•Mempunyai saiz perniagaan yang berskala besar.
PERANAN USAHAWAN
•Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
•Mewujudkan peluang pekerjaan.
•Meningkatkan taraf hidup masyarakat.
•Mempelabagaikan kegiatan ekonomi syarikat dan negara.
•Menggerakkan pertumbuhan ekonmi negara.
•Menggalakkan pertukaran asing (meningkatkan eksport negara)
PENGKHUSUSAN
MAKSUD PENGKHUSUSAN
“ Penumpuan dalam melakukan sejenis pekerjaan atau aktiviti tertentu mengikut kemahiran seseorang”
“ Pengkhususan menjadikan pekerja produktif dan jumlah pengluaran dapat dihasilkan secara besar-besaran”
JENIS-JENIS PENGKHUSUSAN
1. Mengikut Profesion.
Contoh : doktor, nelayan, jurutera, peguam, guru dsb.
2. Mengikut Proses.
Berlaku dalam kilang. Setiap pekerja ditugaskan bekerja di bahagian-bahagian tertentu. Misalnya kerja-kerja berkaitan membungkus.
3. Mengikut Kawasan.
Berdasarkan kemudahan sumber setempat dan kemahiran penduduksetempta. Misalnya perikanan di kawasan tepi pantai, kawasan pertanian,
4 Antarabangsa.
Berdasarkan iklim, budaya, bentuk mka bumi dan sumber asli.
Kesan Pengkhususan dalam Pengeluaran
Kelebihan
•Kemahiran pekerja meningkat.
•Dapat meningkatkan produktiviti.
•Kos dapat dikurangkan
•Keluaran dapat dijual pada harga yang lebih rendah.
Kekurangan
Pekerja mudah bosan dan jemu.
Pekerja menjadi tidak kreatif
Operasi pengeluaran mudah terganggu bila mana-mana unit pengeluaran tidak berfungsi.
Mudah berlaku pengangguran di kalangan pekerja.

0 comments:

Post a Comment